Makan ayam setiap hari mungkin akan terasa membosankan, jadi apa kata sekali-sekala mencuba menyediakan sotong stim limau bergaya Thai ini. Mereka yang kurang berminat untuk makan pasti akan kembali berselera kerana gabungan rasa pedas, masam dan manis yang sungguh menarik.
Sos yang dihasilkan ini juga boleh dipakai untuk ikan siakap stim limau. Jadi, jika tidak mempunyai sotong di rumah, boleh sahaja menggantikan dengan ikan siakap berdasarkan kesukaan masing-masing.
Jangan tunggu lagi, mari kita lihat resipi Sotong Stim Limau ala Thai yang lazat ini seperti di bawah.
Baca juga: Resipi Sotong Masak Kicap Pedas ‘Gebu’ Elok, Ikut Teknik Ini Tak Kecut & Tak Liat!
RESEPI SOTONG STIM LIMAU
Bahan-bahan untuk sotong:
- Sotong (setengah kilo atau 1kg)
- 7-8 ulas bawang putih (dicincang halus; boleh lebih jika suka)
- 8-9 biji cili (dicincang; kurangkan jika tidak suka kepedasan)
- 3 biji limau nipis
- Daun ketumbar (dihiris halus)
- ½ kiub pati ayam (atau 1 kiub)
- 1 cawan air
- 3 sudu besar kicap sotong
- 2 sudu besar gula
Cara-cara penyediaan sotong:
- Kukus sotong selama 7 minit. Jangan masukkan air (kukus sehingga masak) dan keluarkan.
- Buang air dari sotong.
Bahan-bahan untuk sos:
- 1 cawan air
- ½ kiub pati ayam
- 2 sudu besar gula
- 8-9 biji cili (dicincang)
- 7-8 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 3 biji limau nipis (peras jus)
- Daun ketumbar (dihiris halus)
Cara-cara membuat sos:
- Panaskan 1 cawan air, masukkan kiub pati ayam dan gula. Selepas itu, matikan api dan biarkan sejuk sebentar.
- Tambah cili, bawang, limau nipis dan daun ketumbar. Rasa terlebih dahulu, jika kurang masam, boleh tambah limau nipis. Jika kurang masin, boleh tambah kicap sotong. Jika kurang manis, tambahkan gula.
- Setelah rasa mencukupi, tuangkan sos ke atas sotong yang telah dimasak.
Resipi ini benar-benar mudah dan sedap. Anda juga boleh menukarkan sotong dengan ikan jika diinginkan.
Sumber: Facebook
Baca juga: 6 Jenis Sotong Populer Di Malaysia, Yang ‘Satu’ Ini Paling Banyak Digunakan Dalam Masakan