Ingin menyediakan hidangan lauk yang lazat namun nampak menonjol? Cubalah resepi Sotong Sumbat Percik ini. Setelah dimasak, anda pasti akan terpesona dengan aromanya yang menggoda selera.
Sotong Sumbat Percik merupakan gabungan sotong yang diisi dengan inti dan disiram kuah percik yang beraroma. Apa yang boleh kami katakan, hidangan ini memang sangat sedap.
Sebab sudah biasa menikmati sotong masakan biasa, jadi kali ini anda boleh mencuba kelainan dengan resepi Sotong Sumbat Percik ini. Sekali cuba, pasti hasilnya memuaskan. Jom kita sediakan!
Baca juga: Resepi Nasi Butter Dan Daging Masak Hitam, Sekali Makan Terus Rasa Terpikat!
RESEPI SOTONG SUMBAT PERCIK
Bahan isi di dalam sotong:
Bahan kisar:
- 2 biji bawang besar
- 4 sudu makan pes perapan ayam percik
- Sedikit halia
- 4 ulas bawang putih
- 1 batang serai
Bahan-bahan lain:
Langkah-langkah memasak:
1. Pertama, lenyekkan kentang yang telah direbus.
2. Selanjutnya, masukkan telur, daun ketumbar, dan serbuk lada hitam.
3. Kemudian, isikan sotong dengan adunan tersebut dan gunakan lidi untuk memastikan isinya tidak terkeluar.
4. Seterusnya, sediakan kuah percik dengan menumis bahan yang telah dikisar, iaitu bawang besar, bawang putih, halia, dan serai.
5. Setelah naik bau, masukkan pes perapan ayam percik.
6. Kemudian, masukkan santan, gula, dan sedikit serbuk perasa.
7. Setelah kuah percik berjaya pecah minyak, masukkan sotong sumbat ke dalam kuah dan masak sebentar. Sedia untuk dihidangkan!
Video penuh:
@myresipi Resipi campak Ramadan Raya bersama Dr. Ezani || Sotong Sumbat Percik Bahan Sumbat dalam sotong: 3 biji Kentang Rebus 2 biji telur Daun Ketumbar Bahan Kisar: 2 biji bawang besar 4 sdm MAGGI Pes Perapan Ayam Percik Sedikit halia 4 ulas bawang putih 1 batang serai Daun kari Santan Gula + Maggi Cukup Rasa #MyResipi #ResepiCampakCampak #RamadanRaya2025 #Tajaan ♬ original sound – MyResipi
Selamat mencuba!
Sumber: MyResipi
Baca juga: Resepi Tauhu Sumbat Dengan Rasa Meriah, Makan Sekali Mesti ‘Repeat’!