Bagi para penyuka steamboat, mari coba resepi sos steamboat buatan sendiri ini. Yang menarik, anda boleh mengubahsuai sos mengikut citarasa masing-masing. Barulah puas hati!
Selain sesuai untuk steamboat, sos ini juga amat ideal untuk dicicah bersama popiah Vietnam, kerang, udang, dan sotong panggang. Boleh dikatakan ia adalah pencicah serbaguna.
Baca juga: Resepi Sos Pencicah Thailand Paling Mudah, Ini Rahsia Sedap Seperti Membeli
RESIPI SOS STEAMBOAT
Bahan yang dihancurkan:
- 10 biji lada merah besar (buang biji)
- 10 biji cili padi merah (kurangkan jika tidak suka pedas)
- 4 ulas bawang putih
- 1 genggam batang ketumbar bersama akarnya
Bahan sos:
- Setengah botol sos cili
- 2 sudu besar minyak bijan
- 5 sudu besar sos ikan
- 5 sudu besar cuka makan
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sunquick
- 2 kiub pati ayam
- 2 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan setengah gelas air)
- 2 gelas air
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 sudu besar bijan putih
- 1 mangkuk kecil daun ketumbar (dihiris halus)
- 6 biji bawang putih (dicincang halus)
Langkah-langkah:
- Kisar semua bahan hingga halus bersama sedikit air.
- Masukkan semua bahan yang telah dikisar dan bahan sos ke dalam periuk kecuali air tepung jagung dan daun ketumbar.
- Kacau dengan rata, lalu biarkan mendidih. Selepas itu, masukkan air tepung jagung dan kacau sehingga sebati.
- Perlahankan api dan biarkan sos mereneh selama 20 minit atau hingga kuah agak pekat. Rasa masam, pedas, dan manisnya. Jika ada yang kurang, tambah garam, gula, atau apa saja yang perlu.
- Taburkan hirisan daun ketumbar di atas sos. Sos akan lebih sedap jika dibiarkan seketika.
Tip: Jika sos terlalu cair, tambah air bancuhan tepung jagung. Jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air. Sos kini siap untuk dinikmati!
Sumber: Aisyah Humaira
Baca juga: Cara Buat Sos Black Pepper Paling ‘Terbaik’, Resipi Dari Peniaga Sendiri