Jika anda tengah mencari resepi sup halal yang mudah, lazat dan sesuai dinikmati semasa melancong, anda perlu mencuba idea ringkas ini. Sup panas memang membuatkan perut terasa selesa dan tubuh juga merasa tenang.
Tiada alasan untuk risau susah dalam memasak, kerana semua resepi sup halal ini menggunakan bahan yang mudah didapati dan cara penyediaan juga ringkas.
Paling menarik, terdapat elemen makanan sunnah seperti kurma, madu, minyak zaitun dan habbatus sauda. Bukan sekadar memberikan rasa yang enak tetapi juga membantu menambah tenaga dan memberi ketenangan.
Jom lihat senarai resepi sup halal di bawah ini, dijamin akan membuat anda berasa selesa sepanjang perjalanan ketika bercuti.
Baca juga: 6 Minuman Panas Sesuai Ketika Travel, Hilangkan Keletihan & Mood Jadi Lebih Tenang
5 RESEPI SUP HALAL DENGAN BAHAN SUNNAH, PERUT KENYANG & BADAN TENANG
1. Sup Labu Manis + Kurma
Bahan-bahan:
- ½ potong labu manis (rebus dan lenyek)
- 2-3 biji kurma (buang biji, potong dadu)
- 1 ulas bawang putih (hiris)
- Susu cair atau air panas
- Garam secukup rasa
Cara memasak:
- Rebus labu dengan bawang putih, lenyekkan menjadi halus.
- Masukkan sedikit susu cair (jika ingin creamy) atau air panas.
- Taburkan kurma yang dipotong dadu, perasakan garam dan kacau perlahan.
- Sedia! Lembut, manis dan mengenyangkan.
2. Sup Tomato Selasih + Madu
Bahan-bahan:
- 2 biji tomato masak ranum (potong dadu)
- 1-2 helai daun selasih segar (basil)
- 1 ulas bawang putih (ketuk)
- Garam
- Lada hitam
- Air panas
- 1 sudu kecil madu (pilih madu asli)
Cara-cara:
- Rebus tomato dan bawang putih sehingga mendidih, kacau perlahan.
- Perasakan dengan garam dan lada hitam secukupnya.
- Tutup api, masukkan daun selasih dan tunggu suam sebelum menambah madu.
- Sedia untuk dinikmati, masam manis yang menyegarkan!
3. Sup Ikan Simple + Habbatus Sauda
Bahan-bahan:
- Isi ikan putih (beli yang sudah difillet)
- Sedikit garam dan lada hitam
- Air panas
- Habbatus sauda kapsul (pecahkan dan tabur isinya)
Cara-cara:
- Masukkan isi ikan ke dalam mangkuk tahan panas, tuangkan air panas mendidih.
- Tambah sedikit garam dan lada hitam. Tutup rapat biar ikan masak.
- Sebelum dinikmati, taburkan serbuk habbatus sauda. Sedia untuk dinikmati.
4. Sup Cendawan + Minyak Zaitun
Bahan-bahan:
- Sup cendawan segera (halal) dalam paket atau tin
- Air panas
- 1 sudu kecil minyak zaitun extra virgin
Cara-cara:
- Bancuh sup cendawan mengikut arahan pada paket/tin.
- Apabila sudah suam, titiskan minyak zaitun.
- Sedia, sedap dinikmati panas, perut juga terasa kenyang dan hangat.
5. Sup Jagung Manis & Lobak + Madu
Bahan-bahan:
- ½ tongkol jagung manis (boleh juga menggunakan jagung manis dalam tin, tos terlebih dahulu)
- ½ batang lobak merah (hiris halus atau…
- 1 batang lobak merah (potong kecil)
- 1 ulas bawang putih (iris nipis)
- ½ sudu kecil lada sulah (jika mahu)
- Garam secukup rasa
- 1 sudu kecil madu asli (palih madu yang benar-benar asli)
- Air secukupnya
Cara-cara:
- Panaskan air dalam periuk kecil atau gunakan air panas dari thermos.
- Tambah bawang putih dan lobak merah terlebih dahulu, biarkan mendidih selama 3-5 minit.
- Seterusnya, masukkan jagung manis. Jika menggunakan jagung tongkol, potong dahulu.
- Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
- Didihkan selama 3-5 minit hingga lobak dan jagung menjadi lembut.
- Tutup api, biarkan seketika hingga suam.
- Campurkan 1 sudu kecil madu sebelum menikmati. Kacau perlahan supaya sebati.
- Selesai! Hirup ketika panas, nikmati rasa manis semula jadi yang memberi ketenangan pada perut dan jiwa.
REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia mempersembahkan Halal Travel, satu kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim di luar negeri dengan tenang, selamat dan penuh keyakinan.
Ini adalah inisiatif komprehensif yang menyediakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.
Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.
Baca juga: 10 Fast Food Halal Di Luaran Negara Yang Ramai Tak Tahu, Makan Tanpa Ragu!