Sup Telur Anak: Resipi Cepat Siap Dalam 30 Minit!


cara masak sup telur

Jika anda salah seorang yang menyukai hidangan berkuah seperti sup yang panas, cubalah cara sediakan Sup Telur ini. Sekali buat, pasti anak-anak akan minta lagi.

Resipi Sup Telur yang dikongsikan oleh Cik Puan Jue di Facebook ini bukan hanya mudah untuk disediakan di rumah, malah bahan-bahannya juga sangat ringkas. Jom kita cuba!

Baca juga: Sup Telur Jejari Ketam Dan Cendawan, Menu Sihat Tapi Mengenyangkan!

CARA MEMASAK SUP TELUR

cara masak sup telur

Bahan-bahan:

  • 2 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 batang saderi (hiris nipis)*
  • 4 biji telur
  • Sedikit suhun (direndam seketika)
  • Sebahagian pucuk (boleh gunakan sayuran kegemaran)
  • Cendawan kering (rendam dalam air panas selama 15 minit, perah dan bilas)
  • 2 biji kentang (dipotong kecil)
  • ½ ketul pati kiub ayam
  • Garam secukup rasa
  • Daun sup (untuk hiasan)

*Bahan bertanda (*) perlu dihiris nipis.

Cara-cara memasak sup telur:

1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, kemudian tumis bawang merah, bawang putih, halia dan batang saderi sehingga wangi dan kekuningan.

2. Tambahkan air berdasarkan kepekatan sup yang diingini. Jika anda gemar banyak kuah, lebihkan air.

3. Masukkan kentang yang telah dipotong kecil dan masak sehingga lembut.

4. Setelah kentang empuk, masukkan cendawan kering yang telah direndam dan dibilas bersih. Tambahkan juga suhun dan pucuk sayur yang telah direndam tadi.

5. Larutkan garam secukup rasa dan ½ kiub pati ayam. Kacau perlahan-lahan.

6. Pecahkan telur satu persatu ke dalam sup. Jangan kacau, biarkan mendidih dan telur masak perlahan-lahan agar cantik dan tidak hancur.

7. Setelah mendidih, taburkan daun sup sebagai hiasan, kemudian tutup api. Siap untuk dihidang!

Sup Telur yang enak ini pasti akan jadi kegemaran anak-anak. Setelah siap, anda boleh menikmatinya dengan nasi panas, atau menjamahnya begitu sahaja pun sudah cukup sedap.

Selamat mencuba!

Sumber: Cik Puan Jue

Baca juga: Resepi Sup Telur Mudah Dari Seorang Ayah, Air Tangan Yang Tiada Tandingan



Pautan sumber

Scroll to Top