Kini anda tidak perlu lagi keluar untuk menikmati teh tarik. Anda boleh menyediakannya sendiri di rumah. Malah, ia lebih sedap, lebih bersih dan menepati selera sendiri.
Jika anda inginkan rasa yang lebih kuat, cubalah memasaknya menggunakan periuk. Apabila semua bahan sedang mendidih dengan baik, aroma dan rasa teh akan lebih pekat dan menyengat!
Baca juga: Kaedah Membuat Air Teh Bunga Longan Yang Menggoda, Menyegarkan Tekak Bila Diminum!
RESEPI TEH TARIK PERIUK YANG MENAWAN DAN PEKAT
Bahan-bahan:
- 5-6 uncang teh pilihan
- Air secukupnya
- Susu cair (mengikut cita rasa)
- Susu pekat manis (mengikut tahap kemanisan yang diingini)
- Secubit garam
Cara-cara:
- Ambil periuk dan didihkan air.
- Masukkan uncang teh dan biarkan mendidih sehingga warna teh menjadi pekat dan gelap.
- Setelah itu, masukkan susu cair, susu pekat serta secubit garam.
- Anda boleh mengubah sukatan susu mengikut selera, sama ada ingin manis atau kurang manis.
- Kacau sehingga sebati dan teruskan memasak hingga mendidih.
- Siap untuk dinikmati! Anda boleh tarik teh jika mahu buih lebih atau terus hidangkan begitu sahaja.
Tip: Jika membuat dalam jumlah banyak, teh tarik ini boleh disimpan dalam termos. Sesuai untuk majlis, jamuan atau minum petang.
Sumber resipi: Chek Kuna Ahmad
Baca juga: 7 Teh Herba Yang Terkenal & Baik Untuk Kesihatan, Nombor 3 Paling Disukai!