Hidangan berasaskan telur sering menjadi pilihan ramai untuk sahur kerana cara penyediaannya sangat mudah dan pantas. Antara resepi yang boleh dicuba ialah telur kicap sambal.
Jika sudah buntu dan tidak tahu mahu memasak apa, menu ini benar-benar pilihan yang hebat. Maklumlah, kita semakin menghampiri akhir Ramadan, pasti ramai yang kehabisan idea. Jadi, ayuh kita cuba!
Baca juga: Petua Asam Pedas bagi Orang Johor yang Lazat, Kuah Pekat Elok Pasti Memikat!
RESEPI TELUR KICAP SAMBAL
Bahan-bahan untuk sambal:
- 2 batang cili merah
- 2 batang cili padi merah
- 1 biji bawang besar / 3 ulas bawang merah
- 1 biji tomato
(Jika ingin lebih pedas, boleh tambah cili mengikut selera)
Cara penyediaan sambal:
- Rebus semua bahan di atas hingga layu, kemudian toskan.
- Kisar atau tumbuk kasar bahan yang telah direbus.
- Tumis sambal hingga mengeluarkan aroma, kemudian perasakan dengan garam atau serbuk perasa mengikut cita rasa.
Bahan-bahan untuk telur:
- 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
- 2 biji telur
- 2 sudu besar kicap manis
- 1 biji limau nipis (untuk perahan)
- Minyak sedikit untuk menumis
Cara penyediaan telur:
- Tumis bawang besar yang telah dihiris nipis hingga wangi.
- Pecahkan telur ke dalam kuali, kemudian taburkan sedikit kicap manis.
- Terakhir, tuangkan sambal yang telah dimasak tadi, matikan api, dan perahkan sedikit limau untuk rasa yang lebih sedap.
Sumber: Nurul Aini
Baca juga: Resipi Mi Rebus Utara Kuah Pekat, Buat Banyak Kali Pun Tak Rasa Jemu!