Untuk memastikan keluarga tersandar kenyang di meja makan, tidak perlu hidangan yang berlebihan. Cukup dengan sajian ringkas seperti resepi Telur Kurma, pasti mereka akan menikmati hidangan hingga berselera.
Resepi Telur Kurma yang dikongsi oleh Dianadiandra Diana di Facebook ini amat sesuai untuk sesiapa yang ingin memasak sedap tetapi tidak mahu berserabut dengan ramuan-ramuan yang rumit. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Ayam Kurma Merah Beraroma, Hidangan Wajib Coba Jika Ingin Mencuri Selera Bakal Mentua!
RESEPI TELUR KURMA
Bahan-bahan utama:
- Telur ayam
- Garam
- Rempah kurma (jenama Baba’s)
- Santan kotak (110ml)
- Air panas
Bahan tumis:
- Bawang merah (dihiris halus)
- Halia (diiris nipis)
- Daun kari
- 1 sudu makan bawang merah kisar
- ½ sudu makan bawang putih kisar
- 1 sudu makan halba campur
- 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk halus)
Bahan hiasan:
- Bawang besar atau holland (dibelah empat)
- Cili merah atau hijau (dibelah dua)
Cara-cara memasak:
1. Pertamanya, rebus telur ayam dalam air yang telah ditambah garam, kupas dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan rempah kurma dan kacau hingga garing seketika.
4. Selepas 2 minit, masukkan santan dan kacau rata. Gunakan api perlahan dan biarkan ia sampai pecah minyak.
5. Tambahkan air panas berdasarkan keperluan kuah. Jika inginkan kuah yang lebih banyak, boleh gunakan 2 bungkus rempah.
6. Masukkan telur rebus dan naikkan api sedikit (sederhana).
7. Perasakan dengan garam, ajinomoto, sedikit gula dan lada hitam, kemudian biar ia mendidih.
8. Akhir sekali, masukkan bahan hiasan dan matikan api. Siap untuk disajikan!
Resepi Telur Kurma ini bukan hanya sesuai untuk hari biasa, tapi juga boleh jadi penyelamat apabila tetamu datang tanpa diduga. Yang paling penting, ia menggoda selera.
Selamat mencuba!
Sumber: Dianadiandra Diana
Baca juga: Cara Lembutkan Daging Guna Kurma, Sepantas 30 Minit Dah Lembut Elok!