Telur Puyuh Berempah: Hidangan Sempurna yang Buat Mak Mentua Terpikat!


resepi telur puyuh

Sudah lama teringin menikmati telur puyuh, jadi kali ini kami ingin berkongsi resepi Telur Puyuh Berempah yang pastinya akan menggugah selera keluarga anda.

Seperti yang dikongsi oleh Nurul Ateekah di Facebook, resepi Telur Puyuh Berempah ini semakin sedap jika dipadankan dengan ikan kering atau sambal ikan bilis. Jom kita buat!

Baca juga: Resepi Gulai Telur Padang, Hidangan Khas Orang Minangkabau Yang Sangat Menggoda

RESEPI TELUR PUYUH BEREMPAH

resepi telur puyuh

Bahan-bahan:

  • 40 biji telur puyuh
  • 1 batang kayu manis (kecil)
  • 1 biji bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 ulas bawang merah (diiris atau ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (diiris atau ditumbuk)
  • Sedikit halia (diiris atau ditumbuk)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 tangkai daun kari
  • 6 sudu besar rempah kari daging
  • 1 cawan air masak
  • Minyak (untuk menumis)
  • Garam dan perasa Knorr atau Maggi atau Tumix

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, telur puyuh direbus dan dikupas kulitnya setelah masak.

resepi telur puyuh

2. Kemudian, campurkan rempah daging dengan air masak dan gaul hingga sebati (ketepikan buat sementara).

3. Selepas itu, panaskan minyak dan tambahkan serai, daun kari, bawang putih, bawang merah, halia, kayu manis, bunga cengkih, dan buah pelaga.

4. Setelah bahan-bahan tersebut masak dan naik bau, masukkan rempah kari daging yang telah dicampur dengan air dan masak sehingga pecah minyak.

*Pastikan menggunakan api perlahan dan sentiasa kacau dengan senduk agar rempah tidak hangus dan masak dengan sempurna, barulah terhasilnya pecah minyak.

5. Jika ingin sedikit berkuah, tambahkan sedikit air, tetapi masakan berempah seharusnya pekat supaya ia lebih enak.

6. Seterusnya, tambah garam dan sesuaikan rasa.

7. Akhir sekali, masukkan telur puyuh yang telah direbus dan dikupas kulitnya, kemudian gaul hingga rata. Siap untuk dihidangkan!

Selain dijadikan lauk untuk dinikmati dengan nasi, anda juga boleh menyediakan resepi Telur Puyuh Berempah ini dan menikmatinya bersama roti pada waktu sarapan atau minum petang di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Nurul Ateekah

Baca juga: Telur Masak Kurma Paling Beraroma, Ini Rahsia Kuah Nampak Pekat & Lebih Menggoda!



Source link

Scroll to Top