Daripada kuih raya tradisional hingga yang kontemporari, semuanya enak dinikmati pada Hari Raya. Kali ini, kami ingin berkongsi kaedah penyediaan Swiss Tart Strawberry untuk anda cuba di rumah.
Sekali pandang pada Swiss Tart Strawberry, pasti membuatkan anda terpikat. Rekabentuk yang menawan bersama warna merah dari jem strawberry, pasti menggiurkan sesiapa sahaja.
Sebenarnya, cara untuk menyediakan kuih raya ini sangat mudah dan tidak memerlukan terlalu banyak bahan. Ikuti sahaja resipi daripada Nur Masri di Facebook ini, pasti menjadi. Mari kita cuba!
Baca juga: Resepi Semperit Klasik Seperti Raya Dulu, Setiap Gigitan Membawa Nostalgia
RESIPI SWISS TART STRAWBERRY
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Pertama sekali, ayak tepung gandum dan tepung jagung, lalu ketepikan.
2. Kombinasikan butter dan gula icing, kemudian kacau sehingga rata menggunakan senduk.
3. Selepas itu, masukkan butter vanilla dan kacau sehingga sebati sekali lagi.
4. Kemudian, perlahan-lahan masukkan tepung yang telah diayak dan kacau sehingga rata sekali lagi.
5. Seterusnya, masukkan adunan ke dalam piping bag (adunan adalah lembik kerana perlu dipiap ke dalam piping bag yang sudah dipasang nozzle 864 di hujungnya).
6. Setelah selesai, paipkan adunan dan tekan sedikit pada bahagian atas dengan jari untuk meletakkan jem strawberry.
7. Akhirnya, bakar pada suhu 150ºC selama 25 hingga 30 minit, atau ikut kesesuaian oven masing-masing. Setelah sejuk, boleh masukkan ke dalam bekas. Siap untuk dinikmati!
Dengan adanya Swiss Tart Strawberry sebagai salah satu sajian kuih raya di rumah, tetamu yang berkunjung pasti akan memuji betapa rangup dan gebunya setelah dinikmati.
Selamat mencuba!
Sumber: Nur Masri
Baca juga: Cara Buat Cornflakes Madu Guna Air Fryer, Rasa Sekali Pasti Akan Ketagih!