Resepi daging goreng merah Terengganu merupakan sajian daging yang dimasak bersama kuah merah yang kaya dengan rempah dan rasa yang mendalam.
Daging biasanya dihiris nipis, lalu digoreng atau dimasak dengan bawang merah, bawang putih, halia dan cili boh. Ia dimasak sehingga daging menjadi lembut dan kuahnya pekat.
Jika ada yang ingin mencuba kelainan, bolehlah mencuba resepi di bawah. Dijamin lazat hingga menjilat jari dan disukai seluruh keluarga!
Baca juga: 12 Tip Lembutkan Daging Korban Dengan Cepat, Tak Perlu Gunakan Pressure Cooker Lagi!
RESEPI DAGING GORENG MERAH TERENGGANU
Bahan kisar (dihaluskan):
Bahan tumis & perasa:
- 3 sudu besar cili boh (boleh dikurangkan jika tidak mahu pedas)
- 1-2 sudu besar sos cili
- 1-2 sudu besar sos tomato
- 1-2 sudu besar kicap manis (untuk menggelapkan kuah)
- Daging (dihiris nipis, anggaran mengikut keperluan)
- 1 keping asam keping
- Air secukupnya
- Garam, gula, serbuk perasa (aji) dan lada hitam secukup rasa
Cara-cara penyediaannya:
- Kisar bawang besar, bawang putih dan halia hingga halus.
- Tumis bahan kisar bersama cili boh sehingga naik minyak dan mengeluarkan aroma.
- Masukkan sos cili, sos tomato dan kicap. Gaul hingga rata.
- Masukkan daging yang telah dihiris nipis. Kacau sebentar.
- Tambahkan air dan sekeping asam keping. Masak hingga daging empuk. Tambah air jika diperlukan.
- Setelah daging lembut dan kuah nampak pekat, perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa dan lada hitam mengikut selera.
- Apabila kuah sudah cukup pekat dan rasa seimbang, matikan api.
- Sedia untuk disajikan bersama nasi panas.
Sumber: Aejaa Sabri
Baca juga: Cara Buat Perapan Daging Harimau Menangis Paling Mudah, Tapi Rasa Dia Padu Habis!