Rupanya, mee wantan lebih lazat berbanding mi kuning biasa. Teksturnya yang kenyal dan lembut memberikan rasa yang lebih unik.
Mi ini sangat sesuai dijadikan mi wantan goreng. Proses penyediaannya juga sangat mudah dan tidak membebankan.
Jika anda ingin mencuba sendiri, boleh ikuti resipi lengkap yang dikongsikan oleh Cikgu Afy AL Habibi di bawah.
Baca juga: Resipi Tauhu Garam Cili Penuh Sedap & Mudah Dibuat, Makan Panas-Panas Memang Meleset!
RESEPI MEE WANTAN GORENG
Bahan-bahan:
- Mi Wanton (dicelur)
- 1 sudu kecil minyak bijan
- 1 sudu kecil sos tiram
- 1 sudu besar kicap karamel
- 1 sudu besar kicap cair
Bahan lain:
- Tauge
- Sawi bunga
- Karot
- Serbuk lada sulah
- 1 sudu besar bawang putih & minyaknya
- 1 biji telur (jika ingin tambah lauk lain, silakan)
Bahan tumbuk:
Cara memasak:
- Panaskan 1 sudu makan minyak bawang putih. Sebaiknya gunakan kuali tidak melekat (non-stick) supaya hasil masakan lebih menarik.
- Masukkan bahan yang telah ditumbuk sebelumnya. Apabila aroma mula terbit, pecahkan sebiji telur ke dalam kuali. Jika ada lauk tambahan, bolehlah dimasukkan pada waktu ini.
- Setelah telur mendidih, tambahkan mi wantan yang telah dicelur. Kacau di atas api besar selama 2-3 minit.
- Seterusnya, masukkan semua sayuran. Tambahkan juga dua renjis serbuk lada sulah dan 1 sudu besar bawang putih goreng.
- Kacau hingga sebati selama seminit atau sehingga sayur mula layu, kemudian matikan api.
- Akhir sekali, taburkan daun bawang sebagai hiasan. Siap untuk dihidangkan dan dinikmati!
Sumber: Afy AL Habibi
Baca juga: Cara Buat Bendi Sambal Kering Ala Restoran, Ingat Susah Tapi Rupanya Mudah Saja!