Pernahkah anda mengalami situasi di mana gula putih yang ingin digunakan tiba-tiba menjadi keras dan berketul? Nak ambil pun sukar, apatah lagi mencampurkannya dalam minuman atau hidangan.
Sebenarnya, terdapat cara mudah untuk menghindari masalah ini. Tidak perlu membeli bekas mahal atau menggunakan bahan yang pelik.
Dengan beberapa trik sederhana, gula yang disimpan dapat bertahan lebih lama, tetap lembut, dan mudah digunakan pada bila-bila masa.
Dalam artikel ini, mari kami berkongsi beberapa petua mudah untuk memastikan gula tidak keras dan tidak berketul, yang paling penting, tidak membazir. Selepas ini tidak perlu lagi ‘ketuk-ketuk’ bekas gula!
Baca juga: Letak Daun ‘Ini’ Dalam Bekas Beras, Confirm Bebas Kutu & Beras Jadi Wangi!
TIPS MENCEGAH GULA PUTIH MENJADI KERAS
1. Pastikan Menggunakan Bekas Kedap Udara
Untuk mengelakkan gula menjadi keras atau berketul, simpan dalam bekas yang tertutup rapat. Bekas kedap udara sangat penting agar gula tidak terdedah kepada angin dan kelembapan.
2. Gunakan Beg Plastik ‘Resealable’
Jika tiada bekas, anda boleh menggunakan beg plastik jenis ‘resealable’. Tutup dengan baik agar udara tidak masuk dan gula kekal dalam keadaan baik lebih lama.
3. Lembutkan Gula Menggunakan Sepotong Roti
Jika gula sudah mula mengeras, cuba letakkan sepotong roti dalam bekas gula semalaman. Roti akan membantu memulihkan kelembapan, terutamanya untuk gula perang.
4. Gunakan Hirisan Buah Epal
Selain roti, hirisan epal juga boleh digunakan. Letakkan beberapa keping epal dalam bekas gula dan biarkan selama beberapa hari. Gula yang keras akan kembali lembut.
Sumber: Facebook
Baca juga: 10 Sayur Hijau Yang Tahan Lama Lebih Seminggu, Tak Perlu Ulang-Alik Ke Pasar!