Banyak yang mengalami kesulitan ketika membersihkan blender yang kerap digunakan untuk menghancurkan kunyit. Kali ini, kami ingin berkongsi metode menghilangkan kesan kunyit pada blender secara lebih efektif.
Warna kuning kunyit yang melekat pada blender memang sukar untuk dihilangkan. Walaupun sudah dibersihkan berkali-kali, kesan kuning masih tetap ada hingga kini.
Jangan bimbang, terdapat trik yang dapat anda gunakan untuk membersihkan blender kuning yang sudah bertahun-tahun itu. Yang paling penting, bahan-bahannya selamat dan mesra dapur. Mari kita lihat langkah-langkahnya!
Baca juga: Cara Hilangkan Pedas Pada Blender, Bau Cili Pun Tak Melekat Lagi!
CARA HILANGKAN KESAN KUNYIT PADA BLENDER
Bahan-bahan:
- 3 sudu kecil sabun pencuci pinggan
- 3 sudu kecil serbuk asid lemon sitrik
- Air suam
Langkah-langkah:
1. Pertama, tuangkan sabun pencuci pinggan ke dalam bekas blender.
2. Seterusnya, masukkan serbuk asid lemon sitrik ke dalamnya.
3. Kemudian, gosok bahagian dalam blender dengan campuran tersebut menggunakan span lembut agar tidak tergores.
4. Jangan lupa untuk membersihkan penutup dan bagian lain yang terkena kesan kunyit.
5. Selanjutnya, bilas dengan air suam untuk menghilangkan sisa sabun.
6. Akhirnya, lap hingga kering menggunakan kain bersih.
Sekiranya anda mempunyai kuali, senduk, sudu, periuk, atau lainnya yang terdapat kesan kunyit, anda juga boleh menggunakan cara yang sama.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Rumah3Petak
Baca juga: Kuali Lama Hitam Berkerak? Cubalah Cara Ini Menggunakan 2 Bahan Saja, Terus Bersih Berkilat Seperti Baru!