Kini sedang heboh mengenai keenakan Tiramisu, terutama bagi pencinta kopi. Paling menarik, kami telah menemui cara untuk membuat Tiramisu menggunakan kuih bahulu yang luar biasa.
Siapa yang tidak mengenali Tiramisu? Pencuci mulut yang hebat dari Itali ini biasanya disediakan dengan bahan-bahan premium seperti ladyfingers, mascarpone cheese, dan whipping cream.
Untuk lebih menjimatkan, anda boleh mencuba resipi Tiramisu bajet yang dikongsikan oleh Nurul Farhiyah di Lemon8. Walaupun menggunakan kuih bahulu, hasilnya tetap lazat. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Buat Mocha Tiramisu Cheese, Bila Gigit Terus Cair Dalam Mulut, Memang Kek Eksklusif!
CARA BUAT TIRAMISU GUNA KUIH BAHULU
Bahan-bahan:
- 500g cream cheese
- 70g gula icing
- 300g whipping cream
- 5 sudu besar kopi
- 2 cawan air panas
- 1 sudu gula
- Kuih bahulu
- Serbuk coklat
Cara-cara membuat:
1. Pertama, masukkan cream cheese ke dalam satu bekas atau mangkuk yang sesuai.
2. Selepas itu, masukkan gula icing dan aduk sehingga rata.
3. Seterusnya, pukul dengan pemukul elektrik sehingga kembang.
4. Masukkan whipping cream dan pukul lagi sehingga kembang (elakkan daripada terlebih pukul dan pastikan teksturnya gebu dengan baik).
5. Selanjutnya, celup kuih bahulu dalam kopi sambil menyusunnya dalam bekas lain (elakkan mencelup terlalu lama, nanti jadi lembik).
6. Kemudian, tuangkan adunan krim ke atas dan ratakan.
7. Ulangi langkah (5) sehingga bekas penuh, dengan lapisan atas adalah adunan krim tadi.
8. Selepas itu, taburkan serbuk coklat dan chocolate chips jika mahu.
9. Akhir sekali, sejukkan dalam peti sejuk semalaman. Siap untuk dinikmati!
Cara membuat Tiramisu bajet dengan kuih bahulu ini mungkin kelihatan mudah, namun ia dapat membawa rasa tradisional serta mewah yang penuh dengan kepuasan.
Selamat mencuba!
Sumber: nurul farhiyah
Baca juga: Resepi Tiramisu Mudah, Wanita Ini Tunjuk Langkah Demi Langkah Sampai Lembut Berkrim