Pencuci mulut yang kini menjadi fenomena ini terkenal kerana rasa kopi yang mendalam dan konsistensi yang berkrim. Resepi tiramisu tanpa telur ini amat mudah untuk disediakan dan sesuai dinikmati oleh semua pihak.
Resipi tiramisu ini menghasilkan 4 sajian yang pasti menggoda selera. Ia juga boleh disajikan dalam gelas kecil untuk memudahkan penyajian per individu, terutama ketika majlis keramaian.
Ayo coba buat, pasti enak dan memuaskan!
Baca lagi: Cookies Coklat Chip Kenyal Untuk Kudapan Hari Raya, Hasilnya Sangat Lazat!
RESEPI TIRAMISU TANPA TELUR
Bahan-Bahan:
- 250ml Krim Pukulan
- 4 sudu besar Gula Icing
- 250g Krim Keju (Cream Cheese)
- 400ml Campuran Nescafe (tanpa gula, campuran kopi dan air)
- 12-15 Biskut Ladyfinger
- Serbuk Koko (untuk hiasan)
Langkah-Langkah Penyediaan:
1. Dalam mangkuk besar, pukul krim pukulan bersama gula icing sehingga mencapai tekstur soft peak. Ini bermakna adunan cukup kental untuk membentuk puncak lembut. Ketepikan adunan untuk digunakan kemudian.
2. Pukul krim keju dalam mangkuk lain bersama 2-3 sudu besar campuran nescafe.
3. Pastikan krim keju menjadi kembang dan halus.
4. Gabungkan krim pukulan yang telah dipukul tadi ke dalam adunan krim keju, dan pukul hingga semua bahan bercampur tanpa ketulan.
5. Celup biskut ladyfinger ke dalam lebihan campuran nescafe. Jangan merendam terlalu lama agar biskut tidak patah.
6. Atur biskut dalam bekas pilihan anda. Jika menggunakan gelas, potong biskut kepada saiz kecil agar muat dalam gelas.
7. Ambil adunan krim keju dan ratakan di atas lapisan biskut. Jika menggunakan gelas, masukkan adunan ke dalam piping bag untuk hasil yang lebih teratur.
8. Taburkan serbuk koko di atas lapisan krim menggunakan penapis kecil supaya serbuk koko tampak rata dan halus.
9. Ulangi langkah penyusunan biskut dan lapisan krim untuk menghasilkan sekurang-kurangnya dua lapisan.
10. Di lapisan paling atas, taburkan serbuk koko dengan lebih banyak untuk penampilan yang menarik.
11. Sejukkan tiramisu dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 2-3 jam. Proses ini membantu menghasilkan tekstur yang lebih padat dan rasa yang lebih kaya.
Tips dan Nota Tambahan:
- Jika anda menggunakan mascarpone cheese, tekstur tiramisu akan lebih kukuh dan cantik bentuknya.
- Jika menggunakan jenis krim keju lain, campurkan gelatin untuk membantu menstabilkan adunan. Gandakan campuran jika ingin mendapatkan tekstur yang lebih penuh seperti kek.
Sumber: Keroroyz Royz
Baca lagi: Cara Masak Miang Pla Pao, Gunakan Resipi Ini Untuk Mendapatkan Hasil Sedap Seperti Kedai Thai