Resipi tomyam campur yang ala kedai Siam ini memang mantap, tidak perlu ragu-ragu untuk tidak pergi ke kedai. Selain itu, resipi ini juga tidak memerlukan proses mengisar atau menumis. Cukup campurkan semua bahan ke dalam periuk dan dalam sekejap, makanan sudah siap!
Hidangan ini lebih sedap jika dinikmati ketika hujan. Bayangkan, cuaca sejuk dan anda menikmati tom yam yang panas dan pedas. Lebih enak kalau ada telur dadar yang lembut! Jika ada yang berhasrat untuk mencuba, sila lihat resipi lengkap di bawah.
Baca juga: Resipi Tomyam Putih Asli Thai Tanpa Menggunakan Pes Segera, Dijamin Kuah Hirup Sampai Licin!
RESEPI TOMYAM CAMPUR
Bahan-bahan:
- Bawang merah
- Bawang putih
- Akar daun ketumbar
- Serai
- Halia (gunakan lengkuas untuk rasa yang lebih sedap)
- Daun limau purut
- Cili api (jika mahu pedas)
- Daging ayam
- Pes tomyam
- Pes cili Thai
- Air limau
- Sos ikan
- Tomato
- Sayuran yang disukai
- Garam, gula dan serbuk perasa
- Seafood yang diingini
- Susu cair
Cara memasak:
1. Pertama sekali, masukkan bawang merah, bawang putih, akar daun ketumbar, serai dan halia ke dalam air mendidih.
2. Masukkan daun limau purut yang telah dibuang tangkai tengahnya (agar tidak pahit ketika masak).
3. Sertakan juga cili api jika ingin pedas.
4. Tambahkan ayam mengikut jumlah yang diinginkan dan bahagian ayam yang disukai.
5. Selepas itu, masukkan pes tomyam.
6. Jangan lupakan untuk menambah pes cili Thai sekiranya ingin merasai kesedapan seperti di kedai tomyam Thai.
7. Tuangkan perahan air limau. Lebih sedap jika menggunakan limau nipis segar untuk perahan.
8. Tambahkan sedikit sos ikan, pastikan tidak berlebihan.
9. Selanjutnya, masukkan tomato dan sayuran pilihan anda.
10. Sesuaikan rasa dengan garam, gula dan penyedap secukup rasa mengikut citarasa anda.
11. Sebagai tips tambahan, tambahkan makanan laut pada akhir untuk memastikan ia tidak liat dan mengecil. Elakkan menambahnya terlalu awal.
12. Akhirnya, masukkan susu cair dan matikan api.
13. Siap untuk dihidangkan dan selamat menikmati hidangan!
Kredit: Nor Farah Atika
Baca juga: Cara Memasak Kuetiau Kungfu Tomyam, Memang Sedap dan Istimewa!