“Transformasi Dapur: Cara Bijak Mengatur Barang Dalam Peti Sejuk!”


cara susun barang dapur

Banyak di antara kita sering merasakan ruang peti sejuk tidak pernah mencukupi, walaupun hakikatnya tidak banyak barang yang dibeli. Oleh itu, penting untuk mengetahui cara menyusun barang dapur dalam peti sejuk.

Makanan yang disusun bertingkat sering kali menyebabkan sayur-sayuran juga boleh terlepas pandang. Sebenarnya, semua ini dapat dielakkan jika tahu cara menyusun barang dapur dalam peti sejuk dengan betul.

Peti sejuk mempunyai pelbagai jenis ruang yang boleh diisi, jadi dengan cara menyusun barang dapur ini, anda dapat memaksimalkan penggunaan peti sejuk dengan lebih berkesan. Mari kita lihat caranya!

Baca juga: Lelaki Ini Kongsikan Cara Simpan Halia Tanpa Peti Sejuk, Segar Bertahan Minggu-Minggu Seperti Baru Beli!

CARA MENYUSUN BARANG DAPUR DALAM PETI SEJUK

cara susun barang dapur

Kredit gambar: zinkevych dari Freepik

1. Ruang atas (top shelf)

Ruang paling atas lebih sesuai untuk meletakkan makanan siap saji seperti susu, yogurt, kek, dan sisa lauk yang tidak habis.

2. Ruang tengah.

Ruang tengah sesuai untuk meletakkan bahan mentah yang sudah dicairkan dan siap untuk dimasak dengan cepat. Setelah dicairkan, terus letakkan di ruang ini.

3. Ruang bawah.

Ruang ini ideal untuk menyimpan daging mentah dan makanan laut bagi mencegah pencemaran silang (pemindahan bakteria berbahaya daripada satu objek ke objek lain).

4. Ruang laci sayur dan buah.

Ruang ini bukan sekadar tempat letak sebarang barang, tetapi suhu dan kelembapan di sini sesuai untuk sayur dan buah agar sentiasa segar.

5. Ruang pintu sisi.

Ruang pintu sisi sesuai untuk menyimpan barang-barang yang tahan sedikit suhu panas seperti sos, air botol, dan telur. Elakkan meletakkan susu di sini kerana ia cepat basi.

Dengan petua ini, bukan sahaja menjadikan peti sejuk kelihatan teratur, tetapi ia juga membantu mengekalkan kesegaran makanan dan mengurangkan pembaziran. Yang paling penting, ia memudahkan proses memasak anda di dapur.

Semoga ini bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: freepik dari Freepik 

Sumber: jimatrumahz

Baca juga: Tips Menyimpan Sayur Agar Kekal Segar Dalam Peti Sejuk, Tahan Walau Berminggu!





Pautan sumber

Scroll to Top