Transformasi Roti Keping Menjadi Serbuk Roti Mudah dan Menarik!


serbuk roti

Serbuk roti, atau yang dikenali sebagai bread crumbs, adalah bahan yang kerap dipakai dalam pelbagai resepi, khususnya sebagai lapisan luar bagi ayam atau makanan yang digoreng.

Namun, anda sedar tidak, bahawa sebenarnya sangat mudah untuk menghasilkan sendiri bread crumbs di rumah? Tak perlu membeli di kedai, cukup gunakan roti keping yang tersedia di rumah!

Selain lebih menjimatkan, hasil bread crumbs ini juga dapat disesuaikan dengan citarasa peribadi. Jika anda ingin warna yang lebih menarik atau tekstur yang lebih kasar, semuanya boleh diubah mengikut keinginan.

Baca juga: Resipi Korean Garlic Cheese Bread, Guna Roti ‘Burger’ Je Tak Payah Uli!

CARA MENYEDIAKAN SERBUK ROTI HOMEMADE

Bahan-bahan:

  • 6 keping roti gardenia (jika ingin membuat banyak)
  • Pewarna kuning telur

Cara-cara:

  1. First, bakar roti hingga keperangan yang sedikit. Pastikan roti tidak terlalu hangus, cukup untuk memberikan warna keemasan yang lembut.
  2. Seterusnya, koyakkan roti kepada saiz yang lebih kecil dan masukkan ke dalam blender. Tambah pewarna kuning telur mengikut keperluan. Jika ingin serbuk roti yang berwarna menarik, gunakan sedikit lebih pewarna.
  3. Kemudian, kisar roti tersebut. Jangan kisar terlalu halus; biarkan ia mempunyai tekstur sederhana, sedikit kasar tetapi juga halus.
  4. Akhir sekali, simpan serbuk roti yang telah siap dalam bekas kedap udara untuk digunakan pada bila-bila masa.

Sumber: Mawaddah Mamat via cookpad

Baca juga: Manfaat Roti Sourdough Perlu Ambil Tahu, Jauh Lebih Baik Dari Roti Putih Biasa



Source link

Scroll to Top