Setiap kali menikmati kuah sup daging, pasti rasanya segar dan lezat tak tertandingi. Namun, anda perlu terlebih dahulu mempelajari cara menghilangkan lemak daging dalam sup.
Banyak yang gemar menyantap sup daging kerana kuahnya yang beraroma bersama potongan daging yang lembut. Terlebih lagi jika dinikmati dengan nasi putih yang panas atau roti, sungguh padu dan memenuhi selera.
Satu hal yang sering mengganggu selera saat menikmati sup daging adalah lemak dan minyak berlebihan yang terlihat mengapung di permukaan kuah. Bukan hanya tampak kurang menarik, tetapi juga dapat menyebabkan rasa muak.
Sebenarnya, terdapat cara untuk menghilangkan lemak daging dalam sup yang sangat mudah. Anda tidak perlu menggunakan peralatan dapur yang mahal, cukup dengan senduk dapur biasa. Mari kita lihat caranya!
Baca juga: Tips Memasak Daging Korban Agar Empuk & Wangi, Confirm Sedap Bila Makan!
CARA BUANG LEMAK DAGING DALAM SUP
1. Pertama, ambil satu senduk besi. Jika tidak ada, anda boleh menggunakan yang berbahan aluminium atau stainless steel.
2. Selepas itu, masukkan senduk tersebut ke dalam freezer (10 minit sudah memadai).
3. Kemudian, gosokkan senduk (bahagian bawah) di permukaan atas sup (pastikan sup sudah sejuk sedikit, bukan panas). Lakukan secara membulat.
4. Terakhir, buang lemak atau minyak yang telah mengeras. Selesai!
Siapa sangka, peralatan sederhana seperti senduk bisa menjadi penyelamat di dapur kita. Setelah ini, saat memasak sup daging, anda boleh mencuba cara menghilangkan lemak daging dalam sup ini.
Tips ini juga boleh diaplikasikan untuk menghilangkan minyak berlebih dalam sambal. Oleh itu, jangan lupa untuk berkongsi teknik ini kepada keluarga dan rakan-rakan yang sering memasak di rumah.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Hani Mynis
Baca juga: Cara Menyimpan Daging Korban Dengan Betul, Pastikan Lakukan ‘Ini’ Dahulu Sebelum Masuk Freezer!