Jika anda sering menggunakan kicap dan sos botol dalam masakan harian, adalah penting untuk memahami cara menyimpan kicap dan sos botol yang betul supaya rasanya tetap enak dan tahan lama.
Ramai yang tidak menyedari, penutup botol kicap atau sos yang sering digunakan boleh berkulat atau melekit jika tidak dijaga dengan baik.
Masalah ini bukan sahaja kelihatan kotor, tetapi juga boleh merosakkan rasa dan kebersihan makanan. Tambahan pula, kicap atau sos akan cepat basi walaupun baru beberapa minggu dibuka.
Oleh itu, mari kami kongsikan beberapa petua mudah dan praktikal untuk menyimpan kicap dan sos di dalam botol supaya tidak cepat rosak atau berkulat pada penutup. Ia tidak susah, tetapi ramai yang tidak mengambil perhatian!
Baca juga: 5 Cara Menyimpan Susu Cair Setelah Dibuka, Tidak Cepat Rosak & Tahan 3 Bulan!
CARA MENYIMPAN KICAP & SOS DALAM BOTOL SUPAYA TIDAK BERKULAT DI PENUTUP
1. Bersihkan Penutup Selepas Digunakan
Setiap kali selepas digunakan, lap penutup dan muncung botol dengan kain bersih atau tisu lembap. Ini untuk mengelakkan sisa kicap atau sos terkumpul dan menggalakkan pertumbuhan kulat.
2. Gunakan Sudu Bersih, Jangan Tuang Terus ke Kuali Panas
Elakkan menuang terus dari botol ke dalam kuali panas, kerana wap panas boleh masuk kembali ke dalam botol dan menyebabkan sos cepat rosak. Lebih baik ceduk menggunakan sudu bersih.
3. Simpan di Tempat Sejuk & Kering
Walaupun tidak wajib menyimpan di peti ais, tetapi jika cuaca panas atau dapur lembap, adalah lebih baik menyimpan kicap dan sos di dalam peti sejuk setelah dibuka. Ini dapat membantu memperpanjang jangka hayatnya.
4. Gunakan Penutup Botol Ganti (Jika Perlu)
Jika penutup asal sudah rosak, pecah atau tidak boleh ditutup dengan baik, adalah lebih baik menggantinya dengan penutup baru. Botol yang tidak kedap udara memudahkan isi kandungan cepat basi atau berkulat.
5. Elakkan Menyimpan Berhampiran Dapur atau Sumber Panas
Jangan meletakkan botol sos berdekatan tempat memasak, kerana haba panas boleh mempengaruhi kualiti kicap atau sos. Simpan di rak yang sejuk atau dalam kabinet tertutup.
Sumber: Nur Aryssa
Baca juga: 3 Barang Dapur Yang Boleh Jadi Pewangi Peti Sejuk, Hilangkan Semua Bau Busuk!