“Udang Berempah Manis Pedas: Aroma Menggoda yang Tak Bisa Ditolak!”


udang goreng berempah

Memang sudah biasa menikmati ayam goreng di rumah, sesekali menikmati udang tidak ada salahnya. Jadi, kami ingin berkongsi cara memasak Udang Goreng Berempah Sweet Sour yang sangat menggoda selera.

Resipi Udang Goreng Berempah Sweet Sour ini dikongsi oleh Nurul Husna di Facebook dan hasilnya pasti membuatkan anda terliur. Mari kita cuba!

Baca juga: Panduan Memilih Udang Segar Supaya Tidak Lembik Selepas Dimasak, Harus Tahu 3 Ciri ‘Ini’

RESIPI UDANG GORENG BEREMPAH SWEET SOUR

udang goreng berempah

Bahan-bahan:

  • 10 ekor udang saiz L
  • 4 biji bawang besar (2 biji untuk dihiris menumis, yang lainnya potong bulat-bulat)
  • 6 ulas bawang putih
  • 5 biji cili padi (ikut tahap kepedasan)
  • 3cm halia (hiris memanjang)
  • 2 batang serai
  • Daun sup (optional, tidak letak juga tidak mengapa)
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • Sekadar garam jika perlu
  • Sekadar air jika perlu

Cara memasak:

1. Pertama, bersihkan udang dengan teliti dan toskan.

2. Gaulkan udang dengan 1 sudu rempah kari daging dan sedikit garam, kemudian biarkan selama 10 minit.

3. Goreng udang hingga separuh masak dan ketepikan dahulu.

udang goreng berempah

4. Gunakan kembali minyak dari menggoreng udang sebelum ini dan tumis bawang putih sehingga kekuningan. Jika minyak terlalu banyak, bolehlah dikurangkan.

5. Masukkan bawang besar dan tumis sehingga sedikit garing.

6. Tambahkan cili padi dan serai hingga wangi terbit.

7. Tambahkan rempah kari daging, kacau hingga pecah minyak, tetapi jangan biarkan rempah menjadi terlalu garing atau hangus dan kecilkan api sedikit.

8. Masukkan cili kisar dan kacau hingga cili tersebut masak (pecah minyak).

9. Tambahkan sos cili, sos tiram, sos tomato dan campurkan semua bahan tadi, kacau selama 3 minit agar tidak hangus.

10. Masukkan udang tadi dan gaul rata dalam kuah (jika kuah terlalu pekat, anda boleh tambahkan sedikit air agar kuah meresap ke dalam udang, barulah sedap)

11. Tambahkan sedikit garam jika perlu dan biarkan selama 5 minit.

12. Akhir sekali, masukkan hirisan bawang besar dan daun sup. Siap untuk dihidang!

Setelah menikmatinya, Udang Goreng Berempah Sweet Sour memberikan anda kerangupan udang bersama aroma rempah yang kaya dengan kuah yang sangat enak.

Selamat mencuba!

Sumber: Nurul Husna

Baca juga: Udang Sambal Petai, Tambahkan Bahan RAHSIA Ini Agar Pekat Dan Sangat Sedap



Source link