Udang Butter Bawang Putih: Resipi Ringkas yang Bikin Anda Minta Lagi!


udang butter

Jika anda pencinta hidangan seafood, Resipi Udang Garlic Butter ini sememangnya patut dicuba. Udang yang digoreng garing dengan wangi bawang putih, cili, dan daun kari pastinya akan menggugah selera sesiapa sahaja.

Kombinasi udang yang garing digoreng dengan tumisan mentega dan bawang putih menjadikan sajian ini cukup istimewa, walaupun proses penyediaannya sangat mudah dan ringkas.

Paling menarik, resipi ini tidak menggunakan bahan-bahan yang rumit. Sesuai untuk anda yang sibuk tetapi masih ingin menyajikan hidangan lazat untuk keluarga.

Oleh itu, jika terdapat udang segar di dapur, mari cuba resipi mudah tapi berkesan ini. Pasti semua orang akan tambah nasi!

Baca juga: Resipi Sambal Udang Petai, Warna Merah Berkilau Buat Tak Sabar Nak Makan!

RESEPI UDANG BUTTER GARLIC

udang butter

Bahan-bahan:

  • Udang (disalut dengan tepung beras, serbuk cili, lada hitam, dan garam)
  • Butter
  • Cili (dihiris)
  • Bawang putih (dihiris)
  • Daun kari
  • Sesudu garam
  • Serbuk lada hitam

Cara memasak:

  1. Mulakan dengan menggaul udang bersama tepung beras, serbuk cili, lada hitam, dan garam.
  2. Seterusnya, goreng udang sehingga berwarna keperangan. Angkat dan ketepikan.
  3. Dalam kuali berasingan, cairkan butter.
  4. Masukkan cili, bawang putih dan daun kari. Tumis hingga naik harum.
  5. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Gaul hingga rata.
  6. Tambahkan udang yang telah digoreng, kemudian gaul sehingga semua bahan tercampur dengan baik.
  7. Sedia untuk dihidangkan!

Sumber: Irdinaarffn melalui Facebook

Baca juga: Peniaga Kongsikan Tips Udang Goreng Rangup & Menawan, Kena Bancuh Tepung Menggunakan ‘Teknik’ Ini



Source link

Scroll to Top