Untuk mendapatkan cucur yang lebut, banyak yang menggunakan komponen seperti yis atau serbuk penaik. Namun, kami baru mendapati, terdapat rahsia untuk menghasilkan Cucur Udang yang mudah tanpa bahan penaik.
Kuih goreng ini amat digemari oleh ramai kerana kerapuhannya di luar dan kelembutannya di dalam. Selain dinikmati begitu sahaja, hidangan ini juga boleh disajikan bersama rojak, mee, soto dan pelbagai lagi.
Fatimah Ramizon telah berkongsi cara penyediaan Cucur Udang di Facebook tanpa menggunakan bahan penaik. Walaupun ianya mudah, hasilnya tetap rangup dan lembut apabila dimakan. Ayo kita cubakan!
Baca juga: Cucur Pisang Kembung, Tembam Begini Buat Banyak Kali Pun Tak Jemu
RESIPI CUCUR UDANG SIMPLE TANPA PENAIK
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Pertama, gaul tepung gandum dengan ais batu yang dicampurkan air sehingga ais mencair.
2. Selepas itu, tambahkan garam, gula, serbuk kunyit, telur, kucai, tauge dan udang ke dalam adunan tepung.
3. Kemudian, gaul kesemua bahan sehingga sebati sehingga tepung larut sepenuhnya.
4. Akhir sekali, pastikan minyak sudah dipanaskan, kemudian goreng cucur hingga keperangan dan garing, angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati!
Untuk meningkatkan kelezatan, anda boleh menikmati Cucur Udang yang mudah ini dengan mencicahnya dalam sos atau kuah kacang yang sedap. Sekali rasa, pasti akan teringat.
Selamat mencuba!
Sumber: Fatimah Ramizon
Baca juga: Resepi Cucur Udang Rangup, Wanita Ini Ajar Cara Mudah Buat Guna Senduk