Sudah sering mendengar rendang ayam dan daging, tetapi ada satu variasi rendang yang tak kalah nikmatnya iaitu Rendang Telur Rebus. Tidak perlu menunggu hari raya, boleh dinikmati pada bila-bila masa.
Resipi Rendang Telur Rebus ini dikongsikan oleh Zaid Azizy Yaakob di Facebook. Gaya memasaknya memang santai, tetapi hasilnya pasti mengujakan. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Rebus Telur Menawan, Berkilau & Tak Pecah, Tips Mudah Tapi Berkesan!
RESIPI RENDANG TELUR REBUS
Bahan-bahan:
- Telur
- Cili kering (kisar)
- Bawang merah (kisar)
- Bawang putih (kisar)
- Halia (kisar)
- Serai (kisar)
- Lengkuas (kisar)
- Kunyit hidup (kisar)
- Kerisik
- Santan pekat
- Garam dan gula secukup rasa
- Daun kunyit (dihiris halus)
- Daun limau purut (dihiris halus)
Cara-cara memasak:
1. Pertama sekali, rebus telur sehingga masak, kopek kulit dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar (cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, serai, lengkuas, kunyit) sehingga pecah minyak.
3. Masukkan kerisik dan santan, kemudian gaul rata dan biarkan mendidih.
4. Apabila kuah mula pekat, masukkan telur rebus, garam dan gula.
5. Seterusnya, masak sehingga kuah pekat seperti rendang basah.
6. Akhir sekali, taburkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut. Siap untuk dihidangkan!
Walau cara penyediaannya ringkas, tetapi aromanya tetap memikat. Wanginya serai, daun kunyit dan daun limau purut yang bersatu dengan santan pekat menjadikan dapur wangi semerbak.
Selamat mencuba!
Sumber: Zaid Azizy Yaakob
Baca juga: Telur Rebus Masak Kari Penuh Aroma, Punyalah Sedap Sampai Menjilat Jari