Ingin menikmati Sizzling Yee Mee tetapi tidak ada hot plate? Jangan khawatir, anda boleh menyediakannya di rumah dengan resipi yang kami sodorkan ini tanpa memerlukan hot plate sekalipun.
Sizzling Yee Mee amat terkenal di Malaysia dan sering ditemui di pusat makanan. Dengan kuahnya yang kental dan berperisa, pasti sesiapa sahaja akan teruja saat menikmatinya.
Tak perlu pergi ke pusat makanan untuk menikmati Sizzling Yee Mee. Kini, anda boleh membuatnya sendiri di rumah dengan resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Jue di Facebook ini. Ayuh cuba!
Jangan lupa baca: Resipi Mee Udang Ala Sarawak Menggunakan Mi Segera, Aromanya Membuatkan Selera Terangkat!
RESIPI SIZZLING YEE MEE MUDAH
Bahan-bahan:
Langkah-langkah penyediaan:
1. Pertama sekali, bersihkan yee mee dan toskan, tak perlu direbus kerana yee mee jenis yang cepat masak. Juga, jangan lupa rendam cendawan kering dalam air.
*Metode saya: oleh kerana yee mee ini agak keras, saya merendamnya dalam air sebentar sahaja, kemudian bilas dengan air dan toskan.
2. Sediakan periuk dan masukkan minyak, lalu tumis bawang putih, halia, dan cili kering hingga bawang berubah warna menjadi keemasan.
3. Selanjutnya, masukkan cendawan dan gaul sebati.
4. Masukkan ayam dan biarkan masak seketika, setelah itu tambahkan air, kicap pekat, sos makanan laut, sedikit gula perang untuk menyeimbangkan rasa, serbuk lada hitam, dan garam.
5. Kemudian, masukkan campuran tepung jagung (saya gunakan sekitar 5 sudu makan).
6. Setelah itu, gunakan kuali kecil untuk meletakkan yee mee dan tambahkan kuah, telur, serta sayur sawi.
7. Akhir sekali, biarkan ia masak hingga yee mee siap. Siap untuk dihidangkan!
Dengan adanya resipi Sizzling Yee Mee yang mudah, anda kini boleh menyediakannya bila-bila masa dan pastinya keluarga anda akan menyukainya.
Selamat mencuba!
Sumber: Cik Puan Jue
Jangan lupa baca: Cara Buat Mee Goreng Bungkus Seperti Zaman 90-an, Rasanya Tetap Klasik!