Yogurt Aiskrim Buah Segar: Resipi Sihat Tanpa Gula yang Memukau!


aiskrim yogurt

Mencari pencuci mulut yang dingin, berkhasiat dan mudah disediakan? Resipi aiskrim yogurt ini sangat sesuai untuk dicuba! Tidak perlu mesin aiskrim, dan tiada bahan-bahan yang kompleks. Anda hanya perlukan yogurt, buah-buahan dan sedikit madu jika mahukan rasa manis semula jadi.

Lebih menarik, resepi ini langsung tidak menggunakan gula putih. Sesuai untuk sesiapa yang menjaga pemakanan, ingin mengurangkan gula atau mencari snek sihat untuk anak-anak. Rasanya tetap enak dan menyegarkan, terutama sekali dinikmati ketika cuaca panas.

Hanya perlukan beberapa minit untuk penyediaan dan setelah disimpan dalam peti beku selama 2-3 jam, aiskrim sedia untuk dinikmati. Jika ada anak kecil, pasti mereka menyukainya kerana teksturnya lembut dan kemanisan datang daripada buah-buahan segar.

Baca juga: 10 Kelebihan Yogurt Jika Diambil Secara Konsisten, Nombor 9 Wanita Pastinya Suka!

RESEPI AISKRIM YOGURT BUAH-BUAHAN

aiskrim yogurt

Bahan-bahan:

  • Yogurt asli atau Greek yogurt
  • Buah-buahan segar (seperti pisang, strawberi, kiwi, mangga)
  • Madu (pilihan, untuk rasa manis semula jadi)

Cara-cara:

  1. Pilih satu bekas kecil atau apa jua acuan yang diinginkan mengikut ukuran yang anda suka. Bekas plastik kecil bertutup juga sesuai jika ingin menyimpan dalam peti sejuk beku.
  2. Pilih buah-buahan segar kegemaran anda. Antara yang sesuai ialah pisang, strawberi, anggur, blueberry, kiwi, mangga atau tembikai. Potong kecil supaya mudah dimasukkan ke dalam bekas.
  3. Untuk lapisan pertama, aturkan hirisan pisang di dasar bekas. Ini akan menjadi asas kepada aiskrim yogurt anda.
  4. Tuangkan satu lapisan yogurt di atas buah tersebut. Ratakan sedikit dengan menggunakan sudu.
  5. Tambahkan satu lagi lapisan buah. Anda boleh menggunakan buah yang sama atau mencampurkan dengan buah lain untuk lebih berwarna dan berperisa.
  6. Ulang langkah melapis dengan yogurt dan buah mengikut ketinggian atau ruang bekas yang ada.
  7. Untuk sentuhan akhir, boleh titiskan sedikit madu di atas permukaan untuk menambah kemanisan semula jadi.
  8. Penyimpan dalam peti beku sekurang-kurangnya 3 jam atau semalaman jika inginkan tekstur yang lebih pejal seperti aiskrim.

Sumber resipi dan gambar: Siti Noraina Asmuni

Baca juga: Patutlah ‘Viral’ Salad Timun Yogurt Ini, Sangat Sedap & Sesuai Untuk Diet



Source link

Scroll to Top